Futuristik -SHOEI 'OPTISCON' Menuju Proses Pengeluaran

 


Pameran Motosikal di Osaka dan Tokyo,Jepun telah menyaksikan kesungguhan pengeluar helmet SHOEI membuat demonstrasi topi keledar Prototaip di beri nama 'OPTICSON'. 

Opticson yang sedang dalam proses pengeluaran merupakan helmet dilengkapi sistem 'Head - Up Display' dan kamera pandang belakang.Shoei telah pun memfailkan tanda nama 'opticson' sewaktu di pameran motosikal Osaka dan Tokyo pada Mac lalu. 

Adakah ini idea baru? 

Sebenarnya konsep paparan kepala (HUD) yang dipasang pada topi keledar bukanlah perkara baharu.Sehingga kini belum ada pengeluar helmet yang berani mengeluarkan helmet dengan konsep berkenaan secara besar-besaran.

Ini kerana banyak percubaan sebelumnya yang menemui kegagalan. 

Bagaimana Ianya berfungsi? 

Teknoloji HUD mula diperkenalkan pada awal tahun 1990. Sistem HUD yang terpasang pada topi keledar kini boleh digunakan berbanding sebelumnya.


Sistem ini juga membantu pengguna helmet berkenaan melihat segala info serta maklumat sewaktu menunggang. 

Telefon pintar memainkan peranan penting dalam membantu pengguna helmet .Sistem ini boleh disambungkan terus kepada telefon pintar khususnya aplikasi navigasi. Segala maklumat perjalanan akan dipaparkan di HUD. 

Sistem ini boleh dikatakan menempa kejayaan dan merupakan hasil kerjasama dengan Syarikat Hiroshima,NS West Inc.Bayangan produk berkenaan akan dikeluarkan semakin jelas. 

Persoalannya adakah helmet ini sesuai digunakan di negara kita?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ