Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2022

'Selagi Hutang Tidak Dibayar,Jangan Sesiapa Uruskan Jenazah Ini'

Imej
  " Jangan ada sesiapa mandikan atau uruskan jenazah ini selagi tidak lunasi hutang,"tegas pemiutang bernama DN.  Itulah nasib yang menimpa jenazah Rusli Daeng Sute yang di tahan daripada dimandikan apatah lagi untuk dikapan. Peristiwa berkenaan berlaku di Kabupaten Kalakar, Wilayah Sulawesi Selatan.  Punca kejadian dimana Arwah Rusli pernah berhutang dengan sepupunya iaitu seorang wanita yang dikenali sebagai DN.  Kehadiran DN ke rumah arwah telah menimbulkan kekecohan lantaran DN menagih hutang yang arwah pernah pinjam darinya sebanyak 2 juta rupiah (RM602).  Bukan setakat menagih hutang malah DN juga tidak membenarkan jenazah tersebut dimandikan serta tangguh urusan selanjutnya selagi hutang tidak dibayar.  Penduduk setempat berusaha memujuk DN agar hutang oleh arwah Rusli akan dibayar setelah selesai pengkebumian,namun segala pujukan tidak diendahkan oleh DN. Beliau tetap berkeras dan meminta hutangnya dibayar sebelum jenazah di kebumikan. Hasil usaha warga setempat serta

Berlari Ke kubur Bagi Menatap Wajah Ibu Kali Terakhir

Imej
  Hati mana tak luluh,jiwa mana tak pilu, balik ke kampung dengan niat ingin jumpa Ibu tersayang, namun ibu terlebih dahulu menyahut panggilan penciptanya. Kita manusia mampu merancang namun Tuhan yang menentukan. Seorang gadis yang dalam perjalanan balik ke kampungnya di Sabah terpaksa menahan sebak bila diberitakan tentang kematian ibunya pada hari tersebut. Tular satu video menunjukkan seorang gadis berlari ke tanah perkuburan bagi menatap wajah ibu kali terakhir sebelum dikebumikan. Gadis berkenaan yang baru saja mendarat di Lapangan Terbang Tawau terus menuju ke Tanah Perkuburan Kampung Pasir Putih.  Nasib menyebelahi gadis tersebut yang diberi kesempatan untuk menatap wajah ibu tercinta buat kali terakhir sebelum di kebumikan.  Kelihatan dalam video tersebut,gadis berkenaan terduduk disisi jenazah dan gagal menahan air mata . Jelas kelihatan tangan gadis berkenaan mengigil sambil menekup mulut.  Sayu bila melihat rakaman video ketika gadis ini berlari bagi menatap wajah ibu terci

Pelanggan Kena Senduk Lepas Campak Dulang

Imej
  Itu jer cara nak mengajar pelanggan yang tidak hormat peniaga.Tular video seorang peniaga nekad memukul pelanggan dengan menggunakan senduk.  Kejadian yang berlaku di sebuah kedai kopi di Sengkang,Singapura telah sempat dirakam oleh Kamera Litar Tertutup(cctv) menunjukkan aksi pertengkaran antara peniaga tersebut dengan pelanggan berkenaan.  Video tersebut diawalnya menunjukkan peniaga berkenaan sedang memasak mi.Selepas itu kelibat pelanggan berbaju hitam muncul terus bercakap dengan peniaga tersebut  sebelum pertengkaran berlaku. Lantaran pertengkaran menjadi semakin hangat,peniaga berkenaan menghempas alatan yang digunakan untuk memasak mi.  Pelanggan tersebut tidak mendiamkan diri malah bertindak melempar dulang makanan kepada peniaga berkenaan.  Susulan tindak balas dari pelanggan mengakibatkan peniaga berkenaan semakin berang terus keluar dari kedai tersebut dengan membawa senduk bagi berhadapan dengan pelanggan yang membuat kacau di premis perniagaannya.  Jelas terpapar dalam

Futuristik -SHOEI 'OPTISCON' Menuju Proses Pengeluaran

Imej
  Pameran Motosikal di Osaka dan Tokyo,Jepun telah menyaksikan kesungguhan pengeluar helmet SHOEI membuat demonstrasi topi keledar Prototaip di beri nama 'OPTICSON'.  Opticson yang sedang dalam proses pengeluaran merupakan helmet dilengkapi sistem 'Head - Up Display' dan kamera pandang belakang.Shoei telah pun memfailkan tanda nama 'opticson' sewaktu di pameran motosikal Osaka dan Tokyo pada Mac lalu.  Adakah ini idea baru?  Sebenarnya konsep paparan kepala (HUD) yang dipasang pada topi keledar bukanlah perkara baharu.Sehingga kini belum ada pengeluar helmet yang berani mengeluarkan helmet dengan konsep berkenaan secara besar-besaran. Ini kerana banyak percubaan sebelumnya yang menemui kegagalan.  Bagaimana Ianya berfungsi?  Teknoloji HUD mula diperkenalkan pada awal tahun 1990. Sistem HUD yang terpasang pada topi keledar kini boleh digunakan berbanding sebelumnya. Sistem ini juga membantu pengguna helmet berkenaan melihat segala info serta maklumat sewaktu menu

Jalan TAR mengundang Rakyat Sabah dan Sarawak 'Shopping Raya'

Imej
  Dua tahun punya penangan,KWSP RM10,000 punya habuan tiada batas menjadi penghalang bagi mereka yang sememangnya inginkan kepuasan demi lebaran bakal menjelang.  Bukan setakat mereka dari Lembah Kelang atau pun Semenanjung sahaja yang berkunjung ke Jalan TAR demi melunaskan hutang dua tahun tidak dapat membeli belah demi persiapan Aidilfitri.  Rupa-rupanya dari Sabah dan Sarawak juga tidak ketinggalan jadikan Jalan TAR lokasi utama membeli-belah persiapan untuk Aidilfitri.  Tinjauan mendapati sebahagian mereka ini ada yang jadi pelanggan tetap Jalan TAR sebelum pandemik Covid 19 dan ada yang baru berjinak di Jalan TAR.  Rafidah Mat Noor Rafidah Mat Noor anak jati Sabah menggangap membeli belah di Jalan TAR merupakan satu kemudahan.Ini kerana terdapat pelbagai barangan terutama pakaian di hidangkan dengan pelbagai pilihan mengikut selera masing-masing.  Legend itu yang terpacul dari mulut Rafidah bila tanya pendapat beliau tentang Jalan TAR.Beliau bermodalkan RM 1,500 untuk tambang dan

Kalau Nak Kencing-Tak Payah Order Makan

Imej
  "Mana letaknya nilai murni sebagai seorang manusia,fikirlah nasib 'Raider' yang menghantar pesanaan kamu" keluh netizen.  Itulah nasib seorang pelajar kolej yang ingin menambah pendapatan bagi menampung perbelanjaan pengajiannya. Namun sikap pelanggan 'Kaki Kencing' merupakan anasir yang harus diberi pengajaran.  "Sewaktu memesan makanan tidak menggunakan akal. Hampir waktu berbuka puasa membuat pesanan dan inginkan makanan sampai dengan kadar segera,lebih baik kau pergi sendiri ke bazar ramadhan tidak menyusahkan orang lain.  Sekarang ini bulan puasa,penghantar makanan pun majoriti orang Islam yang berpuasa.Fikirlah sikit." herdik netizen tidak berpuashati dengan sikap pelanggan 'Kaki Kencing'.   Makanan yang dipesan tiba di lokasi,namun pelanggan tidak menjawab panggilan. Bukannya seminit atau dua minit panggilan tersebut dilakukan.Bermula dari jam 7.40 hinggalah 8.30 malam. Penyudahnya pesanan berkenaan dibatalkan melalui pesanan whatsap

PENDEDAHAN - BENELLI TRK 702 Bakal diLancarkan

Imej
Belum masuk pertengahan tahun 2022, Benelli nampaknya maju ke depan dalam mengiatkan pengeluaran jentera mereka.  TKR 702, menurut sumber model ini merupakan varian TRK terkini bakal dilancarkan penghujung tahun nanti.Dikatakan Varian berkenaan merupakan langkah awal untuk tahun 2023. Pendedahan paten terbaru berkenaan dikatakan bakal mengantikan TRK 502. Semenjak model TRK 502 telah diperkenalkan ke negara kita pada tahun 2018 ianya mendapat sambutan diluar jangkaan.  TRK 502 TRK 502 berjaya mencatat rekod,ianya merupakan jentera paling laris jualannya pada tahun 2020 di Itali. Adakah model TRK 702 akan mengikut rentak varian TRK sebelumnya?  Menurut sumber TRK 702 dibekalkan dengan enjin parallel-twin 693cc penyejukkan cecair. Dikatakan ianya berhasil menjana 75Hp dan 70 Nm serta diperkatakan bakal bersaing dengan model 'Tourer"  sama kelas dengannya.  Jentera-jentera Benelli begitu terserlah muakhir ini setelah diambik alih oleh Oianjiang,sebuah syarikat gergasi dari Negara

Benarkah CFMOTO 450SR akan dilancarkan Sewaktu MotoGP Sepang

Imej
Adakah sekadar mimpi atau bakal jadi kenyataan? Dikabarkan CFMoto akan melancarkan model Superbike kelas pertengahan iaitu 450SR pada bulan Oktober nanti.  Model ini telah diperkenalkan pada bulan Mac lalu. Diawalnya model ini dibangunkan dari prototaip SR-C21.  Berita yang kami perolihi dari sumber yang boleh dipercayai pelancaran model ini akan dilakukan sewaktu MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang(SIC) pada Oktober nanti.  CFMoto 450SR model SportsBike dibekalkan dengan enjin parallel - twin 449cc 270 darjah serta mempunyai keupayaan menghasilkan 50hp dan 39Nm.   Jelas dengan keupayaan tersebut  jentera CFMoto 450SR merupakan senarai terkini pesaing model KTM RC390 dan Kawasaki Ninja 400.  Menurut sumber CFMoto 450SR telah diuji serta merekodkan kelajuan maksima 190km/j. Antara ciri yang bakal menawan hati peminat Sportbike terdapat pada model 450SR ialah rekaan sporty tampak agresif. Turut dibekalkan dengan 'winglet' sepertimana yang terdapat pada model prototaip SR-C21.  Mo