Penunggang Dan Pembonceng Motosikal 250cc Dilindungi - Alliance Motorcycle Plus



Berita baik untuk penunggang dan pembonceng motosikal 250cc kebawah telah diumumkan oleh Alliance General Insurance Company(Malaysia).Tahun 2022 menyaksikan perlindungan Allianz Motorcycle Plus telah dinaik taraf.



Allianz Motorcycle Plus(komprehensif dan Pihak Ketiga) bagi motosikal 250cc kebawah perlindungannya telah dinaik taraf kepada penunggang dan pembonceng babitkan kematian,kecacatan kekal sehingga RM10,00 setiap seorang.



Bukan setakat itu sahaja malah ianya juga melibatkan perbelanjaan hospital hingga RM6,000 seorang bersamaan RM100 sehari selama 60 hari.



Kerugian dan kerosakan motosikal kepada pemilik akibat dari kemalangan,kecurian kebakaran,kematian dan cedera anggota badan pihak ketiga,kerosakan atau kerugian pihak ketiga masih di bawah perlindungan Allianz Motorcycle Plus(komprehensif).

Perlindungan tambahan yang ditawarkan kepada pembonceng tidak melibatkan sebarang caj tambahan.

Insuran Komprehensif merangkumi Special Perils Full Sum-Insured Protection melindungi motosikal dari bencana alam seperti banjir,tanah runtuh dan bencana alam yang lain.





Allianz Motorcycle Plus(Komprehensif) juga menyediakan bantuan tepi jalan secara percuma oleh Allianz Road Rangers hanya perlu hubungi talian 1800-22-5542.



Servis tunda oleh Allianz Road Rangers adalah percuma hingga 50km pergi balik,penghantaran minyak dan tayar pancit.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ