"Hapuskan Perbezaan Kelas Lesen Motosikal" - Setuju Atau Tidak



Hapuskan perbezaan Kelas Lesen Motosikal. Satu cadangan yang mungkin lojik untuk difikirkan serta dicadangkan kepada Kerajaan. 

Setiap rakyaat negara kita yang ingin menunggang motosikal perlu mendapatkan lesen motosikal yang sah. Proses untuk mendapatkan lesen motosikal bukanlah sesuatu yang mudah serta perlu melalui pelbagai peringkat ujian.



Di negara kita lesen motosikal terdapat empat kelas tersendiri berdasarkan kapasiti enjin(CC). Dan individu diberi peluang memilih mengikut kesesuaian masing-masing.

Di Malaysia,fungsi lesen memandu turut ditambah pada kad pengenalan pintar MyKad,namun kad pengenalan dan lesen memandu wajib dipamerkan semasa pemereksaan oleh Polis dan JPJ. 



Terdapat lima jenis lesen memandu di Malaysia iaitu -

1.Lesen Memandu Pelajar (LDL) 

2.Lesen Memandu Percubaan(PDL)

3.Lesen Memandu Kompeten(CDL)

4.Lesen Memandu Vokasional(VDL) atau Lesen Memandu Komersial

5.Permit Memandu Antarabangsa(IDP) 



Selain itu juga lesen memandu di negara kita terdapat beberapa kategori.Setiap kategori mempunyai kelas tersendiri.Pengkelasan lesen memandu tertera di belakang lesen memandu setiap individu. 

Bagi motosikal terdapat empat kelas iaitu-

1. B -Motosikal melebihi 500 sp

2. B1-Motosikal tidak melebihi 500 sp

3. B2-Motosikal tidak melebihi 250 sp

4. C - Motosikal Tiga Roda 

Baru-baru ini penulis terdengar adanya cadangan dari Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia(PPDM) agar lesen motosikal perlu diselaraskan kepada lesen tunggal. 



Adakah cadangan ini mendapat persetujuan dari rakyaat Malaysia atau sebaliknya.

Bila dikaji sepintas lalu nampakkan cadangan tersebut memudahkan semua pihak khususnya pada individu yang terpaksa menduduki ujian lain bagi menaik taraf kelas lesen motosikal.



Dan setiap kali ujian bagi menaikkan kelas lesen motosikal,bukannya sedikit jumlah wang yang harus dikorbankan.

Mutakhir ini individu yang telah mempunyai lesen B2 dan ingin menduduki ujian bagi Kelas B,bayaran yang dikenakan oleh Sekolah Memandu minima adalah Rm600 dan ada yang mencecah sehingga RM1000.



Namun jika dikaji dari sudut perbezaan kuasa(CC) motosikal, ketara kuasanya terlalu jauh jika dibandingkan antara motosikal 1000cc dan 110cc. 

Apa pendapat Anda?

  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ