Elakkan Pertembungan - Polis



Tular  di media sosial sekali lagi Ambulan ditahan kerana memberikan laluan kepada konvoi VVIP meneruskan perjalanan. 

Ini bukanlah kes yang pertama berlaku.Sebelum ini kes yang serupa berlaku di kawasan Hulu Langat dan Kuala Lumpur. Situasi tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai yang rata-rata tidak setuju dengan tindakan sedemikian. 

Kejadian berlaku sewaktu ambulan berkenaan datang dari arah susur Jalan Danga Bay.

Menjawab insiden tersebut, Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara,Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata,kejadian berlaku ketika dua anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT)JBU) melaksanakan penugasan. 

Kedua anggota berkenaan terlibat dengan penugasan kawalan lalu lintas Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia yang diadakan di Plaza Angsana Johor Bahru.



Kedua anggota berkenaan di tugaskan membuat 'Cut Of-Point Duty' laluan di persempadanan daerah Johor Bahru Selatan dan JBU di Jalan Danga Bay menghala ke Skudai. 

Tambah Rupiah lagi, kedua anggota trafik bekenaan mengambil tindakan sedemikian bukannya bertujuan memberikan keutamaan laluan kepada konvoi (VVIP), tetapi bagi mengelakkan pertembungan.

"Tindakan drastik terpaksa diambil oleh anggota berkenaan dengan strategi yang mengambil kira dari pelbagai sudut keselamatan.Malah konvoi (VVIP) tersebut terlebih awal melintasi laluan berkenaan dari ambulan tersebut."

Laporan polis telah dibuat berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Orang ramai dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang komen serta maklumat yang tidak tepat serta tidak bertanggungjawab tularkan di media sosial bagi mengelakkan kegusaran masyarakat lain. 

Paparan video tersebut mengundang kemarahan orang ramai terhadap kedua anggota polis yang menjalankan kewajipan yang diamanahkan. 

Penilaian dari sudut tanpa mengetahui situasi sebenar mengundang pada tanggapan orang ramai iaitu VVIP lagi penting dari nyawa pesakit yang didalam ambulan.

Apa pun jangan cepat kita melatah dalam membuat penilaian,fikir dulu dan lihat sekeliling adakah kita dipihak yang benar atau kita membuat penilaian berdasarkan emosi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ