Bila Modenas Ninja 250 Masuk Malaysia - Jadi Ke Tidak?



Gembar -gembur Ninja 250 nak masuk ke Malaysia kalau tak silap dari tahun 2020 lagi sewaktu Covid mula menyerang negara kita , tapi hingga ke hari ini  al-kisahnya pun tidak kedengaran. Apa cerita? 

Suku Kedua 2022 sudah hampir dekat nampaknya jalinan kerjasama Edaran Modenas Sdn Bhd(EMOS) dengan Kawasaki Heavy Industries(KHI) belum kelihatan dimata peminat dua roda negara kita. 

Jalinan termeterai setelah KHI meningkatkan saham ekuiti dari 19 peratus kepada 30 peratus pada tahun 2019 dalam Modenas. 

Roslan Roskan,Ketua Pegawai Eksekutif Modenas (CEO) pada oktober 2021 ada menyatakan Modenas akan kembali rancakkan kerjasama dengan KHI pada tahun ini. 

Ninja 250


Beliau juga menerangkan Modenas Ninja 250 akan dilancarkan pada hujung suku pertama 2022. Namun semakin hampir dengan suku kedua kelibat Ninja 250 apatah lagi kabar berita masih sepi. 

Versys 650 Model 2022


Info atau desas desus sebelum nya diperkatakan Modenas akan menjenamakan semula beberapa model Kawasaki iaitu bermula dari 250 hingga 650.Namun terdengar pula desas-desus isu berkenaan masih dalam perbincangan.

Karisma 125S


Apa yang pastinya tirai 2022 agak perlahan dibuka oleh Modenas dengan pelancaran skuter kompak Karisma 125S dengan harga RM5,397

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ