Suzuki GSX-S 750 Citarasa Masakini



Suzuki GSX-S750 2021, Jentera yang jelas dikemaskini dengan teknoloji moden dan tampak bergaya di dalam kelasnya. 

Kini lebih dari 50 tahun Suzuki masih kekal di negara kita walaupun terpaksa bersaing dengan pelbagai jenama dan teknoloji terkini.

GSX-S750 merupakan antara 6 model baharu Suzuki yang  dilancarkan oleh Suzuki Malaysia Sdn Bhd untuk pasaran di negara kita.

Suzuki GSX-S750 2021 dilengkapi dengan speksifikasi teknikal seperti fork depan jenis terbalik,suspensi belakang tunggal dan sistem cakera dengan ABS.

Tayar depan dan belakang masing-masing berukuran 120/70/R17 dan 180/55/R17.Tinggi pelana 820mm dan beratnya 213kg.

Jentera yang dibekalkan dengan enjin bersesaran 749cc iaitu penyejukkan oleh  cecair,DOHC,In Line Four serta 4 lejang dengan transmisi enam kelajuan.

Lontaran kuasa maksimum ialah 114PS@10,500rpm dengan tork puncak 81Nm@9,000rpm.Sementara bahan api adalah 16 liter maksimum.

Penulis berpeluang menunggang uji jentera ini selama 4 hari.Ujian di lakukan di pelbagai peringkat mengikut apa yang terhidang di jentera berkenaan.

Pada dasarnya GSX-S750 dikategorikan motosikal Naked.Namun setelah menguji jentera ini penulis berpandangan agak berbeza.

Adakah Naked atau Sports Touring itu soalan bermain di minda tentang kategori jentera ini. Gaya tunggangan, pengendalian,kedudukan hendal bar dan lontaran kuasa enjin yang dihasilkan.Isu-isu tersebut menjelaskan GSX-S750 bukanlah seratus peratus motosikal 'Naked'.

Pelbagai kategori terdapat pada GSX-S750. Berdasarkan pengalaman susah untuk nyatakan ianya sebuah 'Naked'.

Hasil dari tunggang uji penulis berjaya mengesan 2 kelemahan yang terdapat pada GXS-S 750.

Ujian Engine Breaking iaitu penukaran dari gear tinggi kepada gear rendah bertujuan memperlahankan kelajuan dalam waktu cepat tanpa menggunakan brek. 

Hasil ujiannya, penulis dapati Suzuki masih kekalkan rentak yang lama.Respon teramat lemah dan 'engine breaking' yang dihasilkan nyata tidak membantu memperlahankan motosikal. 

Traction Control. Sistem yang dibekalkan bagi mengawal tayar belakang mengikut tahap kesesuaian yang digunakan sewaktu menunggang.Terdapat mod 1,2 dan 3.

Hasil ujian ketara kelemahan yang terdapat sewaktu mengaktifkan Traction Kontrol mahupun mematikannya.Begitu juga penukaran antara mod. 

Penukaran tersebut tidak dapat dilakukan sewaktu kelajuan melebihi 100km/j.Isu berkenaan agak merimaskan penulis.

Khususnya penukaran secara drastik harus dilakukan sewaktu menunggang dipermukaan jalan basah.Traction Control mod 3 merupakan pilihan terbaik. 

Kesimpulannya Suzuki GSX-S750 merupakan motosikal yang tidak menyesal untuk dibeli.Namun Anda akan sesal jika terlepas peluang untuk memiliki.

Harga mampu milik RM 40,989(tanpa cukai jalan dan insuran serta lain-lain caj).Model ini dibekalkan dengan 2 warna iaitu Triton Blue Metallic dan Metallic Oort Grey.

Suzuki GSX-S750 kini sudah berada di permis sah pengedar Suzuki.Hasil kajian penulis mendapati model GSX-S 750 begitu laris jualannya. 



  





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ