Stok Air dah cukup ker? Esok Lembah Klang Tak Ada Air



Sebanyak 998 kawasan di sekitar Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air bermula esok.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd(Air Selangor) memberitahu,antara daerah yang terkesan dengan gangguan bekalan air ialah Wilayah Petaling,Klang,Shah Alam,Gombak,Kuala Lumpur,Hulu Selangor,Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Kenyataan tersebut menyebut gangguan bekalan air akan bermula jam 9 pagi 13 Okt. Ini berikutan kerja penambaikan serta penyenggaraan aset kritikal di loji Rawatan Air Selangor Fasa 1(LRA SSP1).

Kerja-kerja penyengaraan serta penambahbaikan berkenaan memakan masa selama 14 jam dan dijangka siap sepenuhnya pada jam 11 malam 13 Okt ini.

Kenyataan itu juga menambah kerja siap dilaksanakan ,Operasi LRA SSP1 mengambil masa enam jam.

Masa tersebut adalah untuk stabil di setiap bahagian dalam proses rawatan air bagi mengisi kolam imbangan sehingga optimum iaitu empat meter.

Ianya di jangka selesai pada jam 5 pagi, khamis nanti.

Sementara itu bekalan air akan mula disalurkan ke sistem agihan bekalan air dan dijangka memakan masa selama 12 jam bagi memenuhkan semua tangki utama yang kosong dan pastikan tekanan air mencukupi serta tiada 'air lock'dalam sisitem perpaipan.

Bekalan air dijangka akan disalurkan secara berperingkat kepada pengguna bermula jam 5 petang(khamis) serta di jangka selesai pada jam 9 malam Jumaat.


  




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ