CFMoto Berlumba Di MOTO 3 Musim 2022



Bukan kaleng-kaleng, kalau sudah menyertai Siri Kejuaraan Moto 3 pada musim 2022. Tahniah buat CFMoto.

Sejarah bakal terukir satu jenama motosikal dari negara China menembusi kejuaraan Motosikal  Dunia.Meskipun bermula dari peringkat Moto 3.

Ini merupakan amaran awal buat pengeluar motosikal yang sekian lama monopoli kejuaraan berkenaan. Pengeluar dari Negara Tembok Besar mula pamerkan teknoloji mereka dibidang perlumbaan bertaraf antarabangsa.


Apabila disebut jenama motosikal dari Negara Tembok Besar, majoriti peminat motosikal di negara kita memandang sepi jenama ini.

Ibarat kata "hanya jeling dihujung mata" sahaja. Teknoloji, alat gantian serta ketahanan enjin menjadi isu yang membuatkan motosikal keluaran CFMoto bukan pilihan bagi peminat dua roda di Malaysia.

Terkini pemilik CFMoto di negara kita mampu tersenyum justru kenyataan yang bisa mengugat pasukan yang sedia ada di kejuaraan Moto3 dengan kehadiran mereka.

CFMoto akan bergabung dengan jenama dibawah kendalian Pierer Mobility KTM,GASGAS dan Husqvarna.

Pasukan ini dijangka akan menggunakan jentera KTM yang dibangunkan semula, seperti mana yang diterapkan kepada pasukan Moto3 GASGAS dan Husqvarna.

Kerjasama antara Pierer Mobiliti dan CFMoto ujud dari tahun 2017 lagi.Terkini kilang mereka yang bertapak di Hangzhou telah dirasmikan.

Kilang tersebut dijangka mampu menampung 50,000 pembinaan motosikal dalam masa setahun.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ