Dominar D400 Dinaik Taraf - MODENAS



Modenas rasmi melancarkan Dominar D400 versi naik taraf ke pasaran tempatan. Harga jualan sport tourer berkenaan adalah RM13,997 (tanpa insurans dan cukai jalan).



Suspensi fork terbalik (USD) di bahagian depan berbanding dengan versi terdahulu menggunakan teleskopik konvensional manakala suspensi belakang menggunakan penyerap hentak tunggal Nitrox. 



Sistem ekzos terkini ditawarkan dengan muncung berkembar baharu. Sistem brek yang mengutamakan keselamatan kepada penunggang dimana brek cakera bersaiz 320mm (depan) dan 230mm (belakang) diadunkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.


Dua paparan meter LCD
 dengan pelbagai maklumat antaranya indikasi gear, kelajuan, jarak perjalanan, jam, rpm dan penunjuk tahap minyak.


LED Mosaic demikian lampu depan yang terhidang pada versi naik taraf Dominar D400.Menurut MODENAS sistem pencahayaan jentera ini membantu lalulintas dari arah bertentangan menyedari akan kehadiran motosikal ini dari jarak 1.5km.



Enjin 373cc DOHC dengan teknologi DTS-i penyejukan cecair menghasilkan kuasa 40PS dan tork 35Nm bersama transmisi 6-kelajuan dan padanan Klac Assist & Slipper. 


Dominar D400 
dilengkapi dengan pad tangki corak karbon baharu bersama logo Dominar pada pelana belakang. 

Modenas Dominar D400 didatangkan dengan dua pilihan warna baharu iaitu hijau dan hitam dan akan mula berada di pusat wakil jualan Modenas bermula bulan ini.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ