Tertukar Anak 20 tahun - Keluarga Lantik Peguam

Adryani Iwani Ibeni Yanin (kiri) Adryana Iwani, (tengah)
dan Noratirah Husin

Dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan 20 tahun lalu,dua keluarga yang tiga anak mereka tertukar telah melantik barisan peguam.

Menurut jurucakap bagi pihak Tetuan Sam Masri & Associates, Tetuan Khairul Naim Rafidi, Tetuan Azam Rashid & Co serta Tetuan Mohd Nasir & Co, peguam Samry Masri berkata, barisan peguam itu dilantik pada November tahun lalu.

Pihaknya juga menulis surat kepada pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan kerjasama pihak hospital itu untuk membekalkan rekod kelahiran dan perubatan yang berkenaan.

"Kenyataan serta pandangan yang diberikan oleh Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad, pakar psikologi, serta pihak-pihak lain yang simpati dengan nasib anak guam kami serta kedua-dua keluarga mereka," katanya.

Kejadian itu disedari selepas ketiga-tiga mereka, Adryani Iwani, 'kembarnya' Adryana Irwani, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada September tahun lalu.

Pihak barisan peguam juga menyambut baik kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin dan Pengarah Hospital HRPZ II Datuk Dr Selasawati Ghazali yang akan menyiasat perkara itu dan akan mengesan dokumen serta petugas terbabit.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ