Sebelum 28 Jun Penentuan PKP 3.0


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengumuman tidak akan dibuat dalam masa terdekat, berikutan perlu menunggu lebih banyak data dianalisa Kementerian Kesihatan (KKM).

Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 disambung atau beralih ke fasa seterusnya akan diumumkan tiga atau dua hari sebelum 28 Jun ini.

"Kita ada beberapa hari lagi sahaja (sebelum 28 Jun). Jika sekiranya kadar (kes positif) itu boleh turun lagi, bermakna menepati jadual yang kita harapkan, maka negara akan mampu beralih ke fasa kedua.

"Jadi kita tidak akan buat pengumuman sekarang. Biasanya kita akan bagi ruang dua tiga hari lagi (sebelum tarikh akhir PKP) sama ada kita nak sambung atau kita akan beralih (ke fasa seterusnya) sebelum pengumuman rasmi dibuat.

Walaupun kerajaan menentukan indikator tertentu termasuk jumlah kes harian, proses vaksinasi serta kapasiti penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU), situasi sebenar kes di negara ini sentiasa berubah ,ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"PKP diteruskan atau tidak akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh saya untuk menilai keadaan semasa pandemik negara," katanya.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ