Pekerja Di Vaksin -Majikan Tiada Hak Potong Gaji


Mana-mana majikan yang terlibat di bawah Program Imunisasi Industri Covid 19 Kerjasama Awam - Swasta (PIKAS) di larang memotong gaji pekerja yang telah di vaksin.

"Suntikan Vaksin di bawah Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan (PICK) adalah diberikan secara percuma kepada rakyaat Malaysia" demikian ditegaskan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan,Khairy Jamaluddin.

Walaupun kos pentadbiran vaksin  merangkumi penyediaan PPV dikendalikan oleh pihak swasta dan perkhidmatan pengamal perubatan swasta perlu ditanggung oleh majikan.

Tambah Khairy, prinsip tersebut diguna pakai untuk Program PPV Industri di bawah PIKAS yang dipertanggungjawab mengawal penularan Covid 19 melalui Fasa 4 PICK.

Beliau juga menegaskan,tiada sebarang bayaran dikenakan kepada orang ramai yang hadir ke PPV di bawah pengamal perubatan swasta untuk imunisasi covid 19.

Begitu juga tiada kos rundingan dikenakan oleh pengamal perubatan swasta ke atas orang ramai yang hadir atas temujanji untuk divaksinasi.

Badan Bertindak  Imunisasi Covid 19 (CITF) telah membuat dua laporan polis berhubung isu penjualan vaksin.

CITF menegaskan bahawa tiada vaksin atau slot temu janji yang boleh dijual.Dan rakyaat Malaysia akan mendapat vaksin secara percuma dibawah kelolaan PICK.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ