Majlis Sosial Di Ladang - Penyanyi Turut terlibat
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, polis mengesan penularan gambar majlis sosial itu di Facebook (FB).
Tambahnya, majlis yang dipercayai membabitkan selebriti tempatan dan beberapa individu di sebuah ladang jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Polis akan memanggil beberapa individu termasuk penyanyi berkenaan kerana menyertai majlis sosial dipercayai berlaku di sebuah ladang dekat Kampung Poh, Bidor, Perak.
Dari gambar tersebut menunjukkan mereka yang hadir berkaraoke.Majlis yang turut di hadiri oleh ahli perniagaan tempatan dan beberapa orang penduduk kampung.
Polis menjalankan siasatan mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 serta Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998, tegas Wan Azharuddin
Ulasan
Catat Ulasan