Jual Basikal Untuk Berlumba -Hafizh


"Hubungi saya jika anda berminat. Jual sebab nak race (berlumba)," tulis Hafizh di ruangan Instastory di laman Instagramnya.

Perkongsian pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin yang mahu menjual basikal kesayangannya di laman Instagram mendapat perhatian umum.

Persoalannya adakah Hafizh terdesak atau sekadar seloka selepas menyatakan hasratnya ingin menjual basikal dengan harga RM 42,000 sebab mahu berlumba.

Difahamkan,basikal miliknya dibeli beberapa tahun lalu jenis Shiv TT dengan nilai pasaran dikatakan mencecah lebih RM70,000.

RM42,000 bukanlah harga tetap,bagi mereka yang berminat dengan basikal Hafizh boleh menghubungi beliau bagi membincangkan harga.

Basikal berkenaan hanya digunakan oleh Hafizh sejauh 200km sahaja untuk beriadah selepas kembali dari perlumbaan di luar negara dan dibeli beberapa tahun lalu.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ