Habuan RM39,000 sebulan
Wanita tersebut yang juga seorang eksekutif sebuah pasar raya ditahan selepas dipercayai terbabit dalam rasuah mendapatkan kontrak pembersihan.
Bayaran berkenaan diterima sebagai balasan bagi memastikan syarikat terbabit terus mendapat kontrak pembersihan dengan syarikatnya, demikian menurut sumber.
Siasatan awal mendapati suspek meminta dan menerima wang suapan secara bulanan berjumlah RM39,000 daripada beberapa buah syarikat bagi kerja pembersihan.
Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim telah mengesahkan penahanan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Ulasan
Catat Ulasan