X - ADV 750 Model 2021 Kini Di Pasaran Malaysia

Honda X ADV 750 model 2021 dikemaskini dengan gaya lebih agresif dari keluaran sebelumnya.Dengan enjin masih nadi yang sama.

Perubahan ketara pada Skuter Kembara ini dari segi rupa paras,prestasi dan kelengkapan terbaru.

Enjin masih dikekalkan sama seperti model terdahulu iaitu 745cc SOHC  dua - silinder. Namun output telah ditingkatkan menjadi 57.8hp dan 69Nm tork, iaitu peningkatan sebanyak 4hp.

Ini dapat dicapai dengan prubahan pada pemasaan injap dan kecekapan kemasukan udara dan ekzos. Dengan penarafan Euro 5, enjin ini boleh dikerah sehingga 7,000rpm.


Untuk transmisi, unit dwi-klac pada X-ADV 2021 ini telah ditala agar mempunyai nisbah gear 1, 2 dan 3 lebih pendek untuk pecutan lebih baik. Kemudian gear 4, 5 dan 6 diberikan nisbah lebih panjang untuk kecekapan bahan api pada kelajuan tinggi.

Transmisi ini juga mempunyai mod manual yang boleh digunakan dengan kawalan butang.


Ia dilengkapi dengan DRl LED, tempt duduk yang diubah, dan penghadang angin baharu dengan lima pelarasan.


Juga terdapat paparan digital TFT 5.0-inci berwarna untuk maklumat tunggangan. Ia menyokong sambungan HondaSmartphone Voice Control System untuk kawalan panggilan, emel, navigasi dan muzik.


Penunggang boleh memilih beberapa mod tunggangan seperti Standard, Sport, Rain, Gravel dan User. Mod-mod ini akan melaras penghantaran kuasa, engine braking, Honda Selectable Traction Control (HSTC) dan sistem ABS.


Sementara itu mod User membolehkan semua ciri dilaras spesifik mengikut kehendak penunggang.

Honda X-ADV didatangkan dengan roda 17-inci dengan tayar 120/70 didepan, termasuk brek cakera berkembar 296mm empat piston. Di belakang pula, ia menggunakan rim 15-inci, tayar 160/60 dan brek cakera 240mm satu piston.


Ciri kelengkapan lain pada X-ADV 2021 termasuklah ruang simpanan 22-liter untuk simpanan topi keledar full face, soket 12V yang diganti dengan USB, kunci pintar, Emergency Stop Signal (ESS), tangki bahan api 13.2 liter, tongkat tengah, dan penghadang tangan.

Honda X-ADV boleh dipilih dengan tiga warna iaitu Pearl Deep Mud Gray, Grand Prix Red dan Graphite Black.

Ia dijual pada harga bermula RM67,799 (tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran).


Boon Siew Honda menawarkan jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km yang mana terdahulu.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ