Honda CBR600RR RM 98,888 - Di Malaysia Sekarang

Pasaran motosikal di Malaysia sekarang beralih kepada versi sport kelas pertengahan.Baru-baru ini Aprilia RS660 dilancarkan. Kini pasaran negara dikejutkan dengan kemunculan Honda CBR600RR serba baru.

Persaingan versi sport kelas pertengahan yang boleh diibaratkan mengelabui mata dan dilema buat peminat 600cc.  

Versi 'Sport Middleweight 'jentera terkini diperkenalkan oleh Boon Siew Honda (BSH) iaitu Honda CBR600RR 2021.Tampak bergaya dengan rekabentuk memenuhi citarasa terkini.

Pasaran motosikal di Malaysia sekarang beralih kepada vesi kelas pertengahan.Baru minggu lepas Aprilia RS660 dilancarkan. Kini pasaran negara dikejutkan dengan keujudan Honda CBR600RR serba baru.

Model yang berasakan CBR1000RR-R Fireblade dilengkapkan dengan enjin bersesaran 549cc,DOC dengan sistem penyejuk cecair.

Jelas CBR600RR cukup mantap dan padu kuasa pecutannya,ini dibuktikan dengan kuasa maksimum 89Kw dan tork 63Nm pada 11,500rpm.

Dengan 6 transmisi kelajuan serta terhidang sistem Quick shifter juga Klac Assist dan slipper.

Terdapat 3 sistem,Inertial Measurement Unit (IMU) iatu sensor mengesan sudut posisi jentera.Honda Selectable Torque Control (HTSC) dan Engine Control Unit (ECU).

Kolabarasi 3 sistem berkenaan adalah berfungsi mengawal tayar belakang motosikal agar tidak mudah tergelincir sewaktu memecut mahupun membelok.

Juga terdapat sistem eletronik mengawal mod tunggangan.Fast Riding,Fun Riding dan Comfortable Riding.CBR600RR turut dibekalkan dengan 5 Power Mod.

1. HTSC 9 tahap + off

2. Wheelie Control 3 tahap

3. Enjin Brake 3 tahap

4 Honda Eletronic Steering Damper ( HESD) boleh dilaras dengan 3 mod iaitu Hard,Medium dan Soft.

Paling menyerlah ialah lampu depan yang tirus Dwi LED , Winglet dan laluan udara di tengah.

Mutakhir ini boleh dikatakan banyak pengeluar motosikal menekankan sistem aktifkan lampu kecemasan.Ianya berfungsi secara automatik apabila membrek secara mengejut.

CBR600RR mash lagi motosikal berkategori ringan.Beratnya hanya 194kg dengan kemampuan 18 liter bahanapi.

Sistem brek dilengkapi dengan ABS,suspensi depan USD,dwi cakera didepan dan satu cakera dibelakang.Paparan meter TFT dan sistem suntikan bahanapi PGM - F1.

Harga yang ditawarkan ialah RM98,888 (tanpa Cukai jalan,pendaftaran dan Insuran). Penawarn waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (mana yang terdahulu).

CBR600RR hanya terdapat satu warna sahaja iaitu Grand Prix Red. 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ