Mintak Maaf Hafizh - Jarno Jensen Pengurus NTS RW Racing GP



Tiada kata-kata yang mampu diucapkan oleh pengurus NTS RW Racing GP lantaran kegagalan Hafizh Syahrin gagal menamatkan perlumbaan Moto2 di Qatar. 

Masaalah teknikal jentera dikatakan punca Hafizh gagal menamatkan perlmbaan sulung Moto2 bagi musim 2021 di Lita Losail, Qatar.

Permasaalahan itu disahkan oleh pengurus pasukan,Jerno Janssen di laman FB rasmi pasukan tersebut.

Menurut Janssen masaalah tersebut diluar jangkaan. Sudah semestinya perlumbaan yang besar memerlukan jentera yang berkuasa dan mampu bertahan sehingga tamat perlumbaan.

Bermula dari petak belakang merupakan sesuatu yang sukar bagi pelumba mengejar pelumba-pelumba yang berada di kelompok depan.

NTS RW Racing GP sedang mencari punca serta mengenal pasti masaalah yang dihadapi oleh jentera mereka. Persiapan untuk perlumbaan seterusnya harus dilakukan segera.

Perlumbaan di litar yang sama memerlukan komitmen yang tinggi dari krew serta pelumba bagi menguatkan lagi jentera menghadapi pasukan yang bersaing dalam kelas Moto2.

Pengurus pasukan tersebut semasa memohon maaf kepada Hafizh juga berkata, mereka akan kembali lebih bertenaga serta kuat pada aksi minggu depan dalam perlumbaan seterusnya.

Situasi jelas, kegagalan Hafizh Syahrin menamatkan perlumbaan bukannya berpunca dari prestasi beliau yang dikatakan semakin menurun.

Namun kegagalan jentera berfungsi seperti dirancang meruntuhkan segala impian anak Malaysia mengilap nama dalam perlumbaan pertama kelas Moto2 bagi musim 2021 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ