Skuter ES125 SE RM 4,888.00 Di Pasaran Sekarang

4 warna Skuter ES125 dengan 2 edisi

WMoto jenama tempatan milik MForce telah melancarkan skuter 118 cc yang di kenali ES125.Skuter kelas bawah 200cc. Semakin hangat pasaran skuter di negara kita mutakhir ini.

Edisi SE Warna Pirus

ES 125 menawarkan dua edisi buat peminat.Edisi Special Edition (SE) dan Standard. Bagi edisi SE hanya ditawarkan warna Pirus. Sementara edisi standard ditawarkan tiga warna pilihan iaitu marah,hitam dan kelabu.

Berbekalkan enjin 4 lejang,penyejukkan udara serta silinder tunggal mampu menghasilkan kuasa sebanyak 6.5Kw pada 7,500 rpm. Dan tork 9.5 Nm apabila mencecah 6,000 rpm.

Edisi Standard - Merah

Teknoloji Environtment Care System (ECS) menguasai ES125 serta digerakkan melalui transmisi CVT. Suspensi hadapan pula terpasang teleskopik sementara penyerap hentakan belakang jenama Kayaba.

Dari segi berat,ES125 berkategori ringan hanya 95kg. Berdasarkan ini lah maka kapasiti bahan api adalah 3 liter yang mana cukup untuk perjalanan jarak dekat.

Edisi Standard - Hitam

Difahamkan ruang simpanan barang terletak dibawah pelana berkapasiti 9 liter Agak luas bagi skuter yang mungil.

Juga kemudahan mengecas telefon USB tersedia di kokpit serta dua ruang tambahan untuk menyimpan dompet dan juga telefon bimbit sewaktu menunggang terdapat pada ES125.

Edisi Standard - Grey

ES125 dilengkapi juga dengan sistem lampu DRL demi memantapkan lagi perjalanan diwaktu malam dan menyahut seruan kerajaan dalam memastikan keselamatan penunggang.

Harga yang ditawarkan RM4,888.00 (tidak termasuk cukai jalan.insuran dan yuran pendaftaran) bagi edisi Special Edition (SE).

Sementara edisi standard RM4,588,00 (tidak termasuk cukai jalan,insuran dan yuran pendaftaran).

Skuter ES125 dijangka berada di premis wakil sah pengedar WMoto minggu hadapan.

Bagi mereka yang berminat boleh kunjungi semua pengedar sah WMoto di seluruh Malaysia. 








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ