Isa Samad Didapati Bersalah -Rasuah 3 Juta



Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad didapati bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) oleh Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. (FICSB) tujuh tahun lalu.

Menurut Hakim Mohd Nazlan, pihak pembelaan gagal mematahkan anggapan akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Diatas imbangan kebarangkalian bahawa penerimaan-penerimaan wang tersebut seperti dalam pertuduhan adalah dilakukan secara rasuah.

Bertujuan bagi membantu meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel di Kuching, Sarawak bernilai RM160 juta. Pembelaan tertuduh bersifat pemikiran terkemudian,tidak konsisten dan hanya penafian.

Tan Sri Mohd Isa diperintah membela diri pada 16 Jun lalu terhadap sembilan peruduhan rasuah setelah pendakwaan berjaya membuktikan setiap unsur penting kesalahan menerima rasuah di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Kesalahan-kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Tingkat 49,Menara Felda,Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.

Jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ