Benarkah Skuter Honda ADV 150 Dilancarkan Esok?
![]() |
Honda ADV 150 |
Sudah hampir seminggu terpampang dimedia sosial akan kehadiran Skuter Honda ADV 150. Apakah benar berita ini atau sekadar gimik bertujuan mengubati penantian peminat varian itu.
Baru-baru ini WMoto telah melancarkan skuter ES125 yang ekonomi dan lebih menjurus tunggangan dalam bandar berjarak sederhana.
![]() |
WMoto ES125 |
Kalau nak dikatakan pelancaran ADV 150 bakal menyaingi ES125, itu adalah mustahil.Peminat skuter secara logiknya dapat membandingkan kedua jenama berkenaan dari pelbagai aspek.
Kesimpulannya kehadiran Honda ADV 150 bukanlah saingan utama buat ES 125.Andai benar Honda ADV 150 muncul di negara kita dalam waktu terdekat pastinya menjadi saingan rapat kepada Yamaha Nmax 155.
![]() |
Yamaha Nmax 155-2021 |
Yamaha Nmax 155 dilancarkan hujung tahun lepas. Kenyataannya Nmax 155 mendapat sambutan diluar jangkaan pengeluar. Manakan tidak rata-rata peminat Yamaha Nmax 155 sanggup menunggu lama bagi mendapatkan skuter itu.
Tinjauan penulis ke wakil-wakil pengedar sah Yamaha mendapati permintaan bagi Yamaha Nmax 155 cukup tinggi. Adakah situasi sedemikian akan berlaku pada Honda ADV 150?
Bagaimana dengan harga.Yamaha Nmax 155 hanya RM8,998 (tidak termasuk cukai jalan,insuran dan yuran pendaftaran). Harga merupakan satu isu yang bakal melariskan jualan atau disebaliknya.
Petanda awal ADV 150 akan menjelma dipasaran negara kita, apabila munculnya iklan yang berbunyi tempahan awal Honda ADV 150 boleh dibuat sekarang.
![]() |
Honda ADV 150 |
Persoalannya kenapa Yamaha Nmax bisa dilancarkan penghujung tahun lepas? Adakah Pandemik Covid 19 punca kelewatan atau halangan pelancaran ADV 150?
Situasi Pandemik Covid 19 di negara kita tidak menghalang sebarang kegiatan secara atas talian termasuk acara pelancaran sesuatu produk. Tiada pelanggaran SOP itu yang ditekankan oleh kerajaan.
Atau Honda mempunyai strategi tertentu dalam kelewatan membawa masuk Honda ADV 150 ke negara kita?
Persoalannya adakah benar Honda ADV 150 akan dilancarkan esok 5 Feb 2021?
Apa pun peminat jenama Honda terutama varian Skuter boleh melayari FB Honda pada 5 Februari jam 8 malam untuk menyaksikan secara langsung pelancaran motosikal yang masih menjadi teka-teki.
Ulasan
Catat Ulasan