Elegan 250 ABS Seronok Ditunggang,Namun Pencahayaan Terhad



Modenas Elegan 250 ABS,skuter kelas pertengahan kepada mereka yang bajet sederhana.Seronok ditunggang,namun sinaran pencahayaannya terhad dan sedikit mengecewakan.

Model ini sebenarnya sebuah jentera yang memberi pulangan lumayan bagi mereka yang tinggal jauh di luar bandar berulang alik ke tempat kerja.

Penulis buktikan dengan melakukan beberapa ujian selama seminggu.Namun setiap yang baik pasti ada kelemahannya.Kelemahan itu masih boleh diberi penambahbaikan.

Apa yang penulis coretkan nanti bukannya bertujuan memperlekehkan jenama malah satu teguran.Ianya bukan pandangan peribadi,malah hasil kajian melbatkan pengguna yang telah memiliki skuter ini. 

Keterampilan Elegan 250 ABS yang baru selayaknya digelar perubahan trend terkini.Bulan November 2020 Modenas memberi kejutan pasaran skuter di Malaysia dengan memperkenalkan model ini.

Apa sasaran mereka terhadap Skuter kelas pertengahan ini?

Tumpuan utama penulis bila pertama kali melihat Skuter ini ialah lampu depan projektor dengan lampu yang berfungsi pada waktu siang.Ini sesuatu yang baru dan memang terpuji.

Dapat dilihat juga pada speedometer dengan pelbagai info sewaktu menunggang.Pencahayaan yang didalam speedometer tersebut pada waktu malam tidak menyilaukan mata serta tidak menggangu.

Pandangan secara dekat jelas menunjukkan Skuter ini agak menunduk seolah-olah kearah sporty.Langkah keselamatan diutamakan dengan sistem Brek yang memenuhi selera masakini.

Brek depan dilengkapi dengan cakera 260mm dilengkapi ABS dan konfigurasi yang sama di belakang dengan cakera bersaiz 240mm. Penulis akui sistem brek yang terdapat pada Elegan 250ABS sememangnya terbaik.

Bercerita tentang enjin. Model ini dikuasai enjin SOHC silinder tunggal 250cc.Dwi Injap menghasilkan 22hp tork dan 22.5Nm.


Elegan 250ABS bukanlah hebat namun tersuai untuk perjalanan harian.Bersesuaian dengan harga RM 15,315(tanpa insuran,cukai jalan dan yuran pendaftaran)

Kedudukannya cukup selesa ketika menunggang baik untuk jarak jauh mahupun dalam bandar.Lontaran tenaga halus dan kuasa pecutan menakjubkan.

Walaupun badannya berkategori mampat dan tiada ruang laluan angin kiri dan kanan serta beratnya 195kg.

Isu berkenaan bukan halangan. Penulis masih mampu mengendalikan dengan sempurna sewaktu berdepan dengan halangan angin dari kiri dan kanan semasa memecut.

Kawalan pada hendal bar tidak meragukan.Kesesuaian tanpa mengira tangan anda panjang atau sebaliknya.Bagi mereka yang suka main kona,suspensi perlu dilaraskan mengikut berat.

Pengamatan penulis skuter ini bisa memeranjatkan kita dari segi kelajuan dan lontaran kuasa.Senang cerita jangan pandang pada jenama tanpa mencubanya.

Seperti skuter maxi yang lain,Elegan 250 ABS membekalkan ruang penyimpanan barang yang mewah.

Manafaatkan apa yang ada.Itu prinsip yang penulis sentiasa terapkan sewaktu menunggang uji motosikal maupun skuter. 

Selain tu terdapat juga soket pengecas USB terletak di sebelah kiri pada bahagian depan. 

Elegan 250ABS yang dilancarkan pada pertengahan November tahun lepas boleh dikategorikan skuter yang agak jimat pengunaan minyak dan maksima kapasiti bahanapi hanyalah 12.5 liter.

Namun penulis menemukan kelemahan yang terdapat pada skuter ini dan sedikit mengecewakan. Pencahayaan.

Apa yang penulis maksudkan dengan pencahayaan ialah simbahan cahaya yang dikeluarkan oleh lampu projektor depan.Simbahan cahaya tidak membantu khususnya menunggang diwaku malam.

Bukan setakat itu saja,simbahan cahaya dari lampu tinggi (high beam) juga agak mengecewakan.

Mungkin mata penulis yang berusia setengah abad tidak dapat memberi gambaran sebenar. Atau hilang fokus sewaktu menunggang di malam hari.

Namun hasil dari temubual dengan pemilik Elegan 250ABS, mereka juga memberi komen yang sama.Masaalah berkenaan haruslah dibaikpulih oleh pengeluar demi kepuasan pengguna.

Tidak bemakna harga murah,kualiti tidak dipertingkatkan. Keanggunan terserlah pada model ini jika dbandingkan dengan Elegan sebelum nya.

Terdapat dua warna yang ditawarkan iaitu Satin Matte Red dan Satin Matte Black. 


 

Ikon Disahkan oleh Komuniti


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ