Tersilap Hebahan - Polis Akui Kesilapan
![]() |
Rakaman Video Yang Tular di Facebook |
Ketua Polis Daerah Cheras,Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, berkata terdapat kesilapan dalam hebahan isu aktiviti joging hanya dibenarkan di kawasan tertutup dan bukan di kawasan terbuka.
Kenyataan tersebut dikeluarkan berikutan tular satu video di media sosial. Video berbentuk hebahan dan nasihat yang dibuat petugas Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.
Video tersebut berkenaan aktiviti joging di sekitar kawasan Stadium Nasional Bukit Jalil.
Hebahan yang mengelirukan itu amat dikesali dan ia akan dibuat semula mengikut ketetapan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu aktiviti jogging hanya dibenarkan di kawasan kejiranan, tegasnya.
Ulasan
Catat Ulasan