Tak Jadi Nikah Lupa Bawa Mas Kahwin



Pernikahan dibatalkan.Detik yang mengecewakan bagi sepasang pengantin,dek kerana pengantin lelaki terlupa bawa mas kahwin. Tragedi yang cukup memalukan ini berlaku di Jawa Barat.

Menurut persetujuan kedua-dua belah pihak,pengantin lelaki berjanji akan membawakan mas kahwin berupa emas seberat 10 gram dan wang tunai.

Namun apabila kedua mempelai bersiap-siap menghadap kadi bagi melangsungkan acara pernikahan, apa yang dijanjikan tidak kelihatan.Pengantin lelaki gagal membawa mas kahwin.

Tinggal,bapa kepada pengantin perempuan telah membatalkan perkahwinan tersebut.

"keluarga kami sudah malu ,tidak perlu diteruskan lagi pernikahan ini" demikian kata-kata Tinggal,bapa pengantin perempuan setelah malu dengan apa yang berlaku kepada anak perempuannya.

Pengantin perempuan yang dikenali sebagai Dewi, hanya akur pada arahan bapanya.

Tagedi tersebut telah menimbulkan kekecohan di kedua belah pihak. Pertengkaran tersebut terpaksa dileraikan oleh pihak polis yang tiba di majlis pernikahan tersebut.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ