Penunggang EX5 Maut Langgar Tiang TM
![]() |
lokasi kejadian kemalangan maut di Kampung Sabak dekat Pengkalan Chepa |
Mangsa. Mohd Ariff Ismail,33,maut di lokasi kejadian setelah motosikal Honda EX5 yang ditunggang merempuh sebatang Tiang Telekom Malaysia (TM).
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Raahim Daud, menjelaskan ,berdasarkan siasatan mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Simpat Empat ke Pantai Dasar dekat Sabak.
Apabila memasuki lokasi kejadian,motosikal mangsa dipercayai terbabas sebelum masuk laluan bertentangan dan merempuh sebatang tiang TM.
Mangsa yang berasal dari Jalan Panji meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia,Kubang Kerian untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ulasan
Catat Ulasan