Peluk Bayi Dan Berbogel Terjun Bangunan


Luo Lili -mangsa terjun bangunan

Bukan senang menjadi anak orang kaya.Begitulah tekanan yang dialami oleh seorang wanita kaya kacukan Amerika-China sehingga mengambil keputusan terjun dari pangsapuri.

Menurut media tempatan Hong Kong,mangsa Luo Lili,34, mengambil keputusan terjun dari bangunan pangsapurinya setelah kecewa dengan kekasihnya yang tidak bertanggungjawab.

Kekasih mangsa enggan mengahwininya setelah mengetahui mangsa mengandung.

Mangsa, Luo Lili,mengalami kemurungan selepas melahirkan bayi perempuan hasil hubungan dengan kekasihnya. Bayi perempuan yang berusia 5 bulan, Aier, juga turut terkorban bersama mangsa.

Polis Hong Kong menyatakan kejadian tersebut berlaku di Pangsapuri Yau Ma Tei.Mangsa merupakan anak tunggal konglomerat Jinlin Real Estate yang memiliki projek rumah mewah di China.

Mangsa seorang graduan dari salah sebuah Universiti di Amerika Syarikat sejak kecil hidup dalam kemewahan.

Dalam satu wawancara beberapa tahun sebelum itu,Luo Lili menegaskan bukannya senang menjadi anak orang kaya.Orang biasa harus mencapai 60 peratus kejayaan jika melakukan sesuatu kerja.

Namun bagi kami kejayaan paling minima harus 90 peratus.Ini kerana orang ramai sentiasa melihat kami cukup senang melakukan apa pun.

Sebaliknya bukan semudah itu,apatah lagi saya seorang perempuan harus mencapai kejayaan 95 peratus.ujarnya mengakhiri wawancara.

Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan berbogel sambil memeluk bayi berusia 5 bulan dibawah salah satu blok Pangsapuri Yau Ma Tei.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ