Maut Selepas Pegang Tiang Eletrik


Rakan mangsa menggunakan kayu untuk selamatkan mangsa
gambar- Ihsan

Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif,Ketua Polis Daerah Pasir Mas,berkata siasatan awal mendapati mangsa Muhamad Azuwan Amran,19,telah berpegang pada tiang eletrik di lokasi kejadian.

Insiden tersebut berlaku setelah mangsa memegang tiang lampu ketika mengharungi banjir di simpang empat berdekatan sebuah stesen minyak. Kejadian tersebut berlaku di Rantau Panjang ,Kelantan .

Menurut saksi kejadian mangsa yang menemani rakannya untuk mengambil pakaian dan pulang semula ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Rantau Panjang mengerang kesakitan dan rebah selepas memegang tiang lampu tersebut.

Rakan mangsa cuba untuk menyelamatkannya, namun bimbang apabila turut terasa adanya arus eletrik berhampiran .Beliau terpaksa menggunakan kayu bagi menarik mangsa ke tempat selamat.

Hasil bantuan orang ramai,mangsa telah di bawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Rantau Panjang untuk tindakan susulan.

Pegawai perubatan yang bergegas ke BPP untuk melakukan pemeriksaan mendapati mangsa telah meninggal dunia.

Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital Lati untuk di bedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ