Lalok Punya Pasal Rumah Pusaka Nak Dibakar


longgokan kain langsir dan pakaian yang dibakar

Pengaruh dadah punya penangan seorang lelaki hampir membakar rumah pusaka keluarganya. Kejadian berlaku di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal, Kepala Batas.

Namun kejadian tersebut disedari oleh abang lelaki berkenaan. Tindakan drastik telah diambil oleh abangnya dengan bantuan ahli keluarga menangkap lelaki tersebut sebelum menghubungi polis.

Menurut abang suspek, beliau yang sedang tidur terjaga apabila mendengar bunyi enjin motosikal di hadapan rumah.

Dia kemudian melihat adik lelakinya sedang membakar longgokan kain langsir dan pakaian hingga hampir terkena struktur rumah berdindingkan batu.

Abang suspek menyiram air bagi memadamkan kebakaran sebelum menangkap adiknya. 

Tindakan melaporkan kepada pihak polis terpaksa dilakukan oleh abang suspek kerana bimbang dengan tindakan lelaki berkenaan yang diluar jangkaan.

Menurut abang suspek,beliau mengesyaki adiknya bertindak sedemikian akibat di bawah pengaruh dadah. Kerana suspek pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah, selain mempunyai rekod jenayah.

Suspek seorang penggangur direman untuk siasatan mengikut Seksyen 435 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ