Di Tumbuk 3 Kali



Muhammad Farhan Awang Kafli, 30, yang tular di dalam video berdurasi 37 saat pagi tadi di dalam satu Sekatan Jalan Raya (SJR) tampil menjelaskan keadaan sebenar berlaku pada dirinya.

Beliau dan isteri katanya kini sedang membuat laporan polis berhubung kes di tumbuk oleh seorang anggota polis semasa di tahan di SJR di Kilometer 28.3 Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur. pagi tadi.

Muhammad Farhan mengakui dirinya sememangnya bersalah kerana cuba melarikan diri tetapi berhenti apabila ditahan,namun menafikan melanggar kaki anggota terbabit.

Penjelasan telah diberikan kepada anggota terbabit berhubung isu melanggar kaki,namun menurut Muhammad Farhan segala penjelasannya tidak di terima oleh anggota tersebut dan terus menumbuk beliau.


"Tidak benar apa yang dikatakan oleh anggota polis itu,dia telah menumbuk saya dua kali sebelum video di rakam.Kemudian dia datang lagi merampas kunci motosikal dan mendakwa saya melanggar kaki dia" luahan Muhammad Farhan menceritakan situasi yang berlaku.

Beliau yang cuba menjelaskan keadaan sebenar kepada anggota tersebut telah dilemparkan dengan kata-kata kesat.Harapan Muhammad Farhan agar siasatan secara telus dapat dijalankan dek  kerana tindakan anggota terlibat tidak boleh di terima.

Sekali lagi Muhammad Farhan mengulangi,dirinya sememangnya bersalah, tetapi tidak dapat menerima cara anggota terbabit menghukum nya sebegitu.  

Ulasan

  1. Polis Trafik samseng wei....jangan buat main....budi bahasa budaya siapa?????

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ