Anggota Trafik Nafi Tumbuk,Siasatan Tetap Di teruskan.



Tular video berdurasi 37 saat menunjukkan seorang anggota polis dilihat menumbuk seorang penunggang motosikal semasa di sekatan jalanraya (SJR).

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, insiden tersebut berlaku semasa satu sekatan jalanraya (SJR) di Kilometer 28.3 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur. 

Insiden terbabit melibatan sepasang suami isteri warga tempatan yang melarikan diri dari SJR. Sewaktu melarikan diri penunggang motosikal tersebut telah melanggar kaki seorang anggota trafik yang bertugas.Namun penunggang motosikal tersebut berjaya di tahan oleh anggota polis yang lain.

Setelah di lakukan semakan penunggang motosikal tersebut di dapati mempunyai 58 saman di atas pelbagai kesalahan trafik.

Nik Ezanee menjelaskan,pihaknya sudah mengesan anggota terbabit dan anggota tersebut telah membuat laporan menafikan kejadian terbabit.Namun siasatan tetap akan dijalankan dari segi jenayah dan pelanggaran displin.

Setakat ini penunggang motosikal berkenaan belum membuat laporan berhubungkait kejadian tersebut.

Polis sedang mengesan penunggang berkenaan bagi membantu siasatan.Kertas inkuiri polis sudah dibuka dan siasatan ke atas angota terbabit sedang dijalankan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azaman Sharia'at menegaskan, pihaknya mengambil berat dan serius dengan kejadian sedemikian.

 


Ulasan

  1. Itu lah Masaalah nya. Bila anggota nak melaksanakan tugas ada ke halangan. Saya sokong tindakan anggota

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ