Sudahlah Di larikan Malah Kena Samun Lagi

Mangsa baju kuning 

"Dua lelaki mengaku diri mereka polis telah menahan dan ingin memeriksa kenderaan serta diri saya," itu luahan lelaki 25 tahun sebelum dilarikan dan disamun.

Kenderaan mangsa jenis Honda HRV turut dilarikan oleh sekumpulan empat lelaki yang menyamar sebagai anggota polis.Kejadian berlaku di Teluk Perang,Parit,Perak.

Menurut lelaki tersebut dalam keterangannya kepada polis,sebuah kereta Proton Waja telah mengekori dan menahannya.Tiga lelaki keluar dari Proton Waja tersebut dan perkenalkan diri mereka anggota polis.

Mangsa memberikan kerjasama,namun terkejut apabila beliau digari dan ditutup dengan penutup hitam dan dibawa masuk ke dalam HRV bersama tiga lelaki tersebut.

Sementara seorang lagi lelaki memandu Proton Waja mengekori dari belakang.Semasa dalam HRV,mangsa telah dipukul dan dipaksa menyerahkan barang yang berharga termasuk dua telefon bimbit,dompet beserta wang tunai RM200.

Menurut mangsa, dia telah dilarikan sejauh 83km hingga ke Taiping.Mangsa berjaya melepaskan diri setelah mendengar kuliah subuh di laluan yang mereka lalui.Beliau mengambil kesempatan dengan membuka pintu kereta dan terjun bagi menyelamatkan diri sewaktu suspek leka.

Beliau berlari ke masjid berdekatan untuk meminta bantuan.

Terdahulu isteri mangsa menerima panggilan dari suspek menggunakkan telefon bimbit suaminya. Suspek memberitahu isteri mangsa iaitu suaminya terlibat dalam kemalangan di Simpang Papan,Pusing.

Pemanggil tersebut meminta wang tunai RM50,000 sebagai ganti rugi kerosakan kenderaan yang dilanggar oleh suami beliau.

Pemanggil telah membuat panggilan kedua. Pemanggil tersebut menurunkan harga ganti rugi kenderaan yang dilanggar kepada RM20,000.Pemanggil menyuruh isteri mangsa memasukkan jumlah wang di minta dengan kadar segera ke akaun suaminya.

Apabila gagal menghubungi semula telefon bimbit suaminya.Isteri mangsa dengan ditemani bapanya telah membuat laporan polis di Balai Polis Parit.

Mangsa yang mengalami calar-calar dan cedera di beberapa bahagian badan di bawa ke Balai Polis Taiping untuk siasatan lanjut.

Orang ramai diminta memberi kerjsama jika terlihat atau terjumpa kenderaan mangsa Honda HRV no pendaftaran AKC 939  diminta segera hubungi polis.

Orang ramai jika terdapat sebarang maklumat boleh hubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Perak Tengah, Asisten Superintendan Mohamad Jazlan Sharif di talian 013-5218607 dan pegawai penyiasat, Inspektor M Maheswaran di talian 0107005051 atau talian Gerakan IPD Perak Tengah, 05-3712222.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ