"KOMPOM" CFMOTO 500SR VOOM Akan Masuk Pasaran Negara Kita

SAH motosikal dengan enjin 4 silinder dan 78hp akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia.Nampaknya CFMoto begitu aktif dalam membangunkan produk mereka mutakhir ini dalam penghasilan model SBK. Ini dibuktikan melalui dua model SBK yang bakal mengugat pasaran di negara kita. KH pernah menyiarkan berkenaan kemunculan SBK keluaran CFMoto iaitu model 675SR-R yang dijangka berada dipasaran negara kita pada tahun 2025 nanti. Kini CFMoto telah memperkenalkan sebuah lagi model SBK iaitu CFMOTO 500SR VOOM. KH menerima kabar model ini juga akan dibawa masuk ke pasaran negara kita tidak lama lagi. Khabar gembira ini merupakan penyelesaian kepada ketandusan model 500cc yang teramat ketara dipasaran negara kita. Peminat 2 roda di Malaysia sering mengajukan soalan berkenaan kemunculan motosikal 500cc. Ini jelas menunjukkan motosikal 500cc masih ada peminatnya.Khusus pada mereka yang baru berjinak dengan model SBK kelas pertengahan. Melhatkan kepada keupayaan mod...