VMoto TC Max dan CPX PRO kini di pasaran Malaysia


Motosikal elektrik, VMoto TC Max dan CPx PRO kini berada pasaran tempatan dan telah dibawa masuk oleh Ni Hsin Grup Berhad.

Kedua-dua model berkenaan dipasang tempatan.Dan TC Max merupakan e-motor cafe racer moden dengan pengendalian dan pecutan yang sesuai dengan kegunaan urban.


Kedua model berkenaan dipasang oleh NH EV TECH.Dilengkapi dengan bateri litium 3.24kWh berkuasa 5.1kW dan tork 160Nm dengan kelajuan maksimum 95kmj.

Motodikal Eletrik dengan berat 101kg itu memiliki dimensi panjang 1,982mm, lebar (744mm) dan tinggi (1,044mm).Tawaran pengecasan 83 volt mengambil masa 4.5 jam bagi isian bateri penuh dengan jarak perbatuan 92km.


Sementara itu, CPx PRO dilengkapi motor 8 watt dan bateri litium 60 volt dengan kelajuan maksimum 105kmj.  

Kapasiti pengecasan 70.5 volt mengambil masa 3.5 jam bagi isian bateri penuh dengan tawaran perbatuan 220km.


Komitmen VMOTO terhadap kualiti, prestasi dan teknologi sejajar dengan nilai dan aspirasi kami. Kami berharap untuk merevolusikan mobiliti bandar dan menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau dan pintar,” demikian luahan Pengarah Urusan NH EV TECH, Khoo Chee Kong.


Selain itu, TC Max dan CPx PRO didatangkan dengan pilihan aksesori seperti pannier, siren dan sistem radio. 


 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ