Y16ZR 'Tech Art' DOXOU - Edisi Terhad Hanya 5,000 Unit

Edisi terhad 2023 varian Yamaha Y16ZR ‘Tech Art’ DOXOU, telah diperkenalkan oleh Hong Leong Yamaha. Model Edisi Terhad dikeluarkan hanya 5,000 unit sahaja. Harga jualan yang ditawarkan RM11,818,tidak termasuk cukai jalan insuran,pendaftaran dan lain-lain bayaran. Tercanggih dan berketerampilan lveri moden,dimana rim warna cyan bahar pada kedua-dua roda depan dan belakang. Bagi mereka yang membeli motosikal ini akan menerima fender sukan Y16ZR edisi terhad, lambang Y16ZR nombor pengeluaran dan sijil khas ‘Terima Kasih’ sebagai penghargaan atas pembelian mereka. Masih mengekalkan enjin 155cc 4-lejang, 4-injap, SOHC penyejuk cecair dengan sistem Penggerak Injap Pembolehubah (VVA). Enjin yang menghasilkan 17.9hp dengan tork setinggi 14.4Nm yang mana kuasanya disalurkan ke kotak gear 6-kelajuan. Model ini juga dibekalkan dengan sistem Assist dan Slipper Clutch berfungsi mengurangkan beban tuil klac serta penukaran gear menjadi lebih mudah. Pemegang...