Pelitup Muka(Mask) Tidak Lagi Wajib Di Pakai Semasa Menaiki Kapal Terbang - KKM

P elitup Muka (mask) tidak lagi menjadi satu kemestian untuk dipakai sewaktu menaiki kapal terbang. Kelonggaran tersebut telah diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini. Pihak KKM telah mengeluarkan satu kenyataan yang berkuatkuasa serta merta hari ini 28 September 2022. Dalam kenyataan tersebut KKM telah melonggarkan syarat pemakaian pelitup muka sewaktu menaiki kapal terbang. Ini berdasarkan kajian situasi semasa Covid-19 dan juga mengambilkira keperluan terkini. Menurut kenyataan itu lagi, keputusan tersebut dibuat setelah mengambilkira penambahbaikan dalam teknoloji kapal terbang dan juga beban kes Covid-19 di negara kita lebih terkawal. Empat faktor utama di dalam sistem penerbangan jelas menunjukkan betapa syarikat-syarikat penerbangan memandang serius langkah-langkah pencegahan penyakit Covid-19 demi memastikan penumpang dan krew mereka terselamat dari gejala penyakit tersebut. 1. Pengudaraan yang baik di dalam kabin. ...