Catatan

Adakah Aveta Vanguard Akan Memasuki Pasaran Negara Kita?

Imej
  AVETA VANGUARD 250 Skuter Maksi yang dipertontonkan pada Pameran Motosikal Milan 2024 akan menjengah pasaran dua roda di Malaysia.  HK difahamkan Aveta kini sedang melakukan ujian enduran Vanguard 250 di negara kita dan sudah pastinya bakal memenuhi permintaan peminat Skuter tempatan.  Kami belum mendapat info lengkap mengenai skuter berkenaan.Dipercayai dengan penjanaan kuasa enjin 250cc ianya bakal melengkapkan perjalanan bagi mereka yang suka kembara dengan skuter.  Sedikit info yang kami dapat kongsikan mengenai Aveta Vanguard 250. Skuter ini dilengkapi dengan skrin LCD TFT,pengecas USB dan sambungan Bluetooth.

Tahun 2025 'SAH' Honda CBR650R Dan CB650R 'E-Clutch' Masuk Ke Malaysia

Imej
  Honda CBR650R dan Honda CB650R generasi terbaru akan dibawa masuk ke pasaran negara kita pada tahun 2025.  HK dimaklumkan   kedua model berkenaan ditawarkan dengan versi "E-Clutch". Kedua model generasi terbaru ini hadir dengan gaya terkini serta reka bentuk baharu.  Namun kedua model ini juga dilengkapi bersama teknoloji Honda E-Clutch iaitu inovasi terkini.  Apakah Honda E-Clutch?  Ianya merupakan Sistem Eletronik Terbaru dan yang pertama di dunia membolehkan penunggang menghidupkan serta mematikan enjin serta menukar gear (sewaktu bergerak) tanpa perlu menarik klac.  Sistem ini berfungsi sama seperti Quickshifter  dimana penunggang boleh menukar gear tanpa menarik klac.  Difahamkan sistem E-Clutch juga memberi kemudahan kepada penunggang dimana tidak perlu menarik klac untuk mula bergerak walaupun telah berhenti ataupun mahu berhenti.Situasi ini memudahkan lagi proses penukaran gear. Speksifikasi:-   1. Enjin 4 silinder dan 649...

"RACING BOY" KINI Rakan Teknikal Pasukan Kejuaraan Dunia MotoGP

Imej
  Pic oleh :-Mekanika .com.my RCB yang dulunya adalah Racing Boy merupakan jenama yang cukup dikenali di Malaysia terkini telah menjadi rakan teknikal kepada pasukan kejuaraan dunia MotoGP.  Aprilia, HRC,KTM,GasGas ,Yamaha, serta pasukan satelit termasuk Gresini Racing,Trackhouse Racing,Pertamina Enduro VR46 dan Pramac.Pasukan berkenaan merupakan rakan teknikal RCB.  Apa yang dimaksudkan sebagai rakan teknial ialah RCB membekalkan beberapa komponen penting kepada pasukan-pasukan tersebut.  RCB juga telah menyertai pameran motosikal dan terbesar dunia,EICMA 2024 .Dan ini merupakan penyertaan kali ke 2 RCB di pameran yang berlangsung di Milan.  Kujudan RCB di EICMA selama 2 tahun berturut-turut membuktikan RCB merupakan jenama dari Malaysia yang kini mencapai peringkat global. Sewaktu di EICMA 2024 baru-baru ini,RCB telah mempamerkan produk terbaru meraka bagi pasaran tahun 2025.  Berikut senarai produk yang ditawarkan bagi tahun 2025 mengikut jenis.  (A...

Langgar lampu Isyarat Merah, Polis Kejar Hilux Dari Muar Sehingga KL

Imej
  Gambar Hiasan Sejauh 180km Polis terpaksa kejar sebuah Hilux yang tidak memberhentikan kenderaan setelah diarahkan oleh polis selepas melanggar lampu isyarat merah. Insiden yang bermula di Jalan Bakri,Muar.Kira-kira jam 2.45 pagi semalam,berlaku kejar mengejar sejauh 180km dari Jalan Bakri,Muar sehingga ke Jalan Chan Sow Lin,Kuala Lumpur.  Menurut Ketua Polis Daerah Muar,Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, kejadian berlaku ketika kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Muar berada di persimpangan berkenaan sebelum sebuah Hilux berwarna gelap melanggar lampu isyarat merah.  Tambah beliau lagi, pihak polis telah mengarahkan Hilux berkenaan untuk berhenti bagi pemeriksaan lanjut, namun pemandu Hilux berkenaan tidak memberikan kerjasama dan terus memecut bagi mengelak di tahan.  Kereta peronda polis terpaksa mengejar Hilux tersebut dengan bantuan daripada Polis Melaka serta Kuala Lumpur.  Namun Hilux berkenaan berjaya meloloskan diri setelah menaiki tebing...

Adakah ZONTES 368G Akan Dibawa Masuk Ke Pasaran Negara Kita?

Imej
  ZONTES 368G ZONTES , Skuter Adventure yang berjaya menambat hati peminat versi skuter di negara kita mutakhir ini nampaknya telah megemaskini produk mereka dengan keluaran terkini iaitu Skuter Zontes 368G.  Kami telah menerima berita dari sumber di negara jiran perihal skuter Zontes 368G yang telah diuji di negara tersebut.Kabarnya Zontes 368G telah diperkenalkan di pasaran negara China pada bulan Julai lalu.  Spy Shot - Zontes 368G sedang diuji di Thailand Menurut sumber, model berkenaan sedang menjalani ujian enduran di negara Thailand. Dan dipercayai model berkenaan akan memasuki pasaran negara Thailand.  Rekod jualan Skuter Zontes 350 semenjak diperkenalkan pada Ogos 2023 di  negara kita cukup memberangsangkan khususnya varian D.Namun varian E juga tidak kurang hebatnya. Tinjauan kami pada wakil pengedar sah Zontes menunjukkan permintaan bagi skuter Zontes 350D dan Zontes 350E cukup tinggi.  Berbalik kepada skuter Zontes 368G, Disini kami kongsikan sp...

ASMAX WORLD - Interkom Bluetooth Dengan Harga Kompetitif

Imej
  ASMAX S2 NKS Distributor   telah memperkenalkan dan melancarkan rangkaian interkom Bluetooth, ASMAX WORLD baru-baru ini.  Produk diyakini memiliki ciri teknoloji yang lebih baik dibandingkan dengan jenama premium yang terdapat di pasaran sekarang. Harga yang ditawarkan lebih kompetitif . ASMAX - Z1 PLUS   ASMAX WORLD , merupakan jenama interkom yang begitu pantas berkembang di China. Dan ianya menawarkan sistem komunikasi berasaskan Bluetooth  dengan peralihan sambungan 5G.  ASMAX WORLD juga memiliki interkom Mesh dengan kawalan pintar SMC  (Smart Mesh Control) di   mana 16 0rang pengguna serentak  boleh menghubungi sesama mereka  pada jarak sehingga 15km.  ASMAX - F1 PLUS Produk ini juga dibekalkan dengan ENC iaitu ciri pengurangan bunyi pintar. ENC berfungsi menapis bunyi ekzos, angin serta menambah baik kualiti bunyi interkom pada kelajuan 160km/j.  Menariknya lagi, ASMAX WORLD  telah bekerjasama dengan Studio ...

Benarkah Aprilia RS457 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Oktober?

Imej
  A prilia RS457. Kami mendapat kabar akan dilancarkan pada bulan Oktober ini.Adakah kabar itu akan menjadi kenyataan atau sekadar menyedapkan halwa telinga peminat jenama Aprilia dan peminat SBK di negara kita khususnya.  Sehingga artikel ini disiarkan,kami belum menerima sebarang undangan ataupun berita tentang pelancaran model berkenaan. Sedikt info yang kami terima, difahamkan Aprilia RS457 akan ditawarkan dengan harga bawah RM35,000.  Info yang kami terima juga menyatakan model berkenaan akan datang dengan tiga warna pilihan, Prismatic Dark, Racing Stripes dan Opalscent Light.  Speksifikasi :- Aprila RS457  1. Enjin dua silinder(Parallel Twin).  2. Kuasa enjin 457cc dan berupaya menjana 47hp dan 43.5Nm.  3.Berat  158kg.  4. System Ride-by-Wire.  5. Terdapat 3 Enjin Mod terdapat mengawal Lontaran Kuasa, Tork dan traction Control.  6. Terdapat DRL(Day Running Light) dan lampu LED. 7. Panel Meter TFT 5 inci.  8. Fork USD depa...