Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2024

Adakah Aveta Vanguard Akan Memasuki Pasaran Negara Kita?

Imej
  AVETA VANGUARD 250 Skuter Maksi yang dipertontonkan pada Pameran Motosikal Milan 2024 akan menjengah pasaran dua roda di Malaysia.  HK difahamkan Aveta kini sedang melakukan ujian enduran Vanguard 250 di negara kita dan sudah pastinya bakal memenuhi permintaan peminat Skuter tempatan.  Kami belum mendapat info lengkap mengenai skuter berkenaan.Dipercayai dengan penjanaan kuasa enjin 250cc ianya bakal melengkapkan perjalanan bagi mereka yang suka kembara dengan skuter.  Sedikit info yang kami dapat kongsikan mengenai Aveta Vanguard 250. Skuter ini dilengkapi dengan skrin LCD TFT,pengecas USB dan sambungan Bluetooth.

Tahun 2025 'SAH' Honda CBR650R Dan CB650R 'E-Clutch' Masuk Ke Malaysia

Imej
  Honda CBR650R dan Honda CB650R generasi terbaru akan dibawa masuk ke pasaran negara kita pada tahun 2025.  HK dimaklumkan   kedua model berkenaan ditawarkan dengan versi "E-Clutch". Kedua model generasi terbaru ini hadir dengan gaya terkini serta reka bentuk baharu.  Namun kedua model ini juga dilengkapi bersama teknoloji Honda E-Clutch iaitu inovasi terkini.  Apakah Honda E-Clutch?  Ianya merupakan Sistem Eletronik Terbaru dan yang pertama di dunia membolehkan penunggang menghidupkan serta mematikan enjin serta menukar gear (sewaktu bergerak) tanpa perlu menarik klac.  Sistem ini berfungsi sama seperti Quickshifter  dimana penunggang boleh menukar gear tanpa menarik klac.  Difahamkan sistem E-Clutch juga memberi kemudahan kepada penunggang dimana tidak perlu menarik klac untuk mula bergerak walaupun telah berhenti ataupun mahu berhenti.Situasi ini memudahkan lagi proses penukaran gear. Speksifikasi:-   1. Enjin 4 silinder dan 649...