KTM DUKE Meraikan Ulang Tahunnya ke-30

Tahun 2024 merupakan Ulang Tahun Ke 30 KTM Duke. Sejarah terukir dimana varian pertama KTM Duke 620 telah dilancarkan pada tahun 1994. Model 620 merupakan Duke pertama dan dikategorikan motosikal kegunaan jalanraya pertama KTM. Ini kerana diwaktu berkenaan KTM lebih menumpukan pada jentera enduro dan motocross. Terciptanya Duke adalah untuk semua maksud dan tujuan.Dan ianya juga versi Supermoto dijalanraya terbesar pada masa itu.Malah model Duke merupakan barisan model yang sangat berjaya dan penting untuk firma dari negara Austria. Hasil terciptanya Duke 620 yang pertama memberi impak yang besar dan mengubah halatuju seluruh syarikat berkenaan. Legasi Duke semakin berkembang dengan kelahiran pelbagai varian sehingga dikenali sebagai Super Dukes. Bukan setakat itu saja,hasilnya dapat dilihat dengan terbitnya motosikal Husqvarna,Gas-Gas dan terkini MV Augusta dibawah payung yang sama. Hasil tinjauan diperingkat antarabangsa terdapat 10 model Duke yang yang ...