Subsidi Tiket Penerbangan Ke Sabah,Sarawak dan Labuan Sempena Musim Perayaan

M enteri Pengangkutan berkata,Inisiatif berkenaan berkuatkuasa bermula jam 12.01 pagi (16 Dis) bagi penerbangan pada 22 hingga 24 Dis 2023. Tambahnya lagi, Kerajaan bersetuju memberi subsidi pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi melebihi RM599 untuk penerbangan sehala ke Sabah,Sarawak dan Labuan selama 3 hari sebelum krismas. Bagaimanapun subsidi berkenaan tidak termasuk cukai dan yuran,ujarnya. Subsidi yang sama akan diteruskan bagi perayaan Tahun Baru Cina,Sambutan Aidilfitri,Kaamaatan,Perayaan Gawai dan Krismas pada tahun depan. Dimana tiket tersedia untuk ditempah bermula jam 12.01 pagi 1 Jan 2024. Kabinet sebulat suara telah meluluskan berikutan aduan tiket yang tinggi setiap kali menjelang musim perayaan. Sebagai contoh, jika tiket penerbangan kelas Ekonomi berharha RM1,500 sehala dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu pada 23 Dis, penumpang hanya perlu membayar RM599 sementara kerajaan akan menanggung RM901. Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (M...