Anak Jati Terengganu Muncul Juara Dunia MiniGP 2023
Qabil Irfan,anak kelahiran Terengganu baru saja dinobatkan sebagai Juara Dunia MiniGP 2023.Beliau telah muncul Juara keseluruhan Siri Dunia MiniGP 2023 yang diadakan di Valencia,Sepanyol. Baru berusia 11 tahun, namun Qabil telah menunjukkan kecemerlangan bakat yang ada pada dirinya dengan melakarkan kemenangan hatrik selepas memenangi perlumbaan 1 dan perlumbaan 2 serta perlumbaan Superfinal yang diadakan di litar kart Ricardo Tarmo. Dengan memenangi ketiga-tiga perlumbaan tersebut,Qabil telah meraih 100 mata bersih dan melayakkannya menjadi juara keseluruhan perlumbaan 160cc. Tempat kedua menjadi milik pelumba Jepun, Kotaro Togashi yang mengumpul sebanyak 76 mata,sementara Enzo Zaragoza pelumba Sepanyol mendapat tempat ketiga dengan 65 mata. Pada perlumbaan 1, jelas kemenangan menjadi milik Qabil, beliau mendominasikan perlumbaan berkenaan walaupun diikut rapat oleh Enzo Zaragoza dan Kotaro Togashi. Qabil tidak gentar pada kedua pesain tersebut,malah tidak...