Edisi Merdeka Terhad 1000 Biji - ZEUS 613
Zeus Helmets Malaysia telah memperkenalkan model ZS-613 yang jelas terdampar sokongan mereka terhadap negara Malaysia dengan desain bendera kita sekaligus meraikan kemerdekaan negara yang ke 66 bakal disambut pada 31 Ogos nanti. Helmet berkarektor 'Dwi' sepertinya memberikan pilihan kepada pengguna iaitu samaada untuk dijadikan 'Open Face atau Full Face'.Harga yang ditawarkan bagi helmet Edisi Merdeka ini adalah RM380 dengan aksesori tambahan. Bagi mereka yang berminat memilikinya pihak Zeus telah membuka pra-tempahan bermula dari 24 Jun hingga 28 Julai 2023. Bakal pemilik boleh membuat tempahan di 32 dari 169 pengedar diseluruh negara. Menurut Zeus Helmets Malaysia,helmet Zeus 613 edisi terhad ini hanya dijual 1,000 unit sahaja.Tiada lagi pengeluaran untuk edisi berkenaan selepas ini.Difahamkan helmet ini merupakan ilham cipta pereka grafik Zeus Helmets Malaysia, Adi Asymawi Akmal. Edisi terhad ini mempunyai ...