Dominar D400 Dinaik Taraf - MODENAS

Modenas rasmi melancarkan Dominar D400 versi naik taraf ke pasaran tempatan. Harga jualan sport tourer berkenaan adalah RM13,997 (tanpa insurans dan cukai jalan). S uspensi fork terbalik (USD) di bahagian depan berbanding dengan versi terdahulu menggunakan teleskopik konvensional manakala suspensi belakang menggunakan penyerap hentak tunggal Nitrox. Sistem ekzos terkini ditawarkan dengan muncung berkembar baharu. Sistem brek yang mengutamakan keselamatan kepada penunggang dimana brek cakera bersaiz 320mm (depan) dan 230mm (belakang) diadunkan S istem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran. Dua paparan meter LCD dengan pelbagai maklumat antaranya indikasi gear, kelajuan, jarak perjalanan, jam, rpm dan penunjuk tahap minyak. LED Mosaic demikian lampu depan yang terhidang pada versi naik taraf Dominar D400.Menurut MODENAS sistem pencahayaan jentera ini membantu lalulintas dari arah bertentangan menyedari akan kehadir...