Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2021

Mintak Maaf Hafizh - Jarno Jensen Pengurus NTS RW Racing GP

Imej
Tiada kata-kata yang mampu diucapkan oleh pengurus NTS RW Racing GP lantaran kegagalan Hafizh Syahrin gagal menamatkan perlumbaan Moto2 di Qatar.  Masaalah teknikal jentera dikatakan punca Hafizh gagal menamatkan perlmbaan sulung Moto2 bagi musim 2021 di Lita Losail, Qatar. Permasaalahan itu disahkan oleh pengurus pasukan,Jerno Janssen di laman FB rasmi pasukan tersebut. Menurut Janssen masaalah tersebut diluar jangkaan. Sudah semestinya perlumbaan yang besar memerlukan jentera yang berkuasa dan mampu bertahan sehingga tamat perlumbaan. Bermula dari petak belakang merupakan sesuatu yang sukar bagi pelumba mengejar pelumba-pelumba yang berada di kelompok depan. NTS RW Racing GP sedang mencari punca serta mengenal pasti masaalah yang dihadapi oleh jentera mereka. Persiapan untuk perlumbaan seterusnya harus dilakukan segera. Perlumbaan di litar yang sama memerlukan komitmen yang tinggi dari krew serta pelumba bagi menguatkan lagi jentera menghadapi pasukan yang bersaing dalam kelas Moto2.

Advokasi Dan Nasihat. - JPJ

Imej
Advokasi dan Nasihat,itu kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan ,Datuk Zailani  Hashim.Menurut beliau dua pendekatan tersebut adalah dengan mengeluarkan notis. Menurutnya lagi,mereka yang ditahan bersabit mengubahsuai ekzos motosikal tanpa kebenaran dikehendaki berjumpa dengan penguatkuasa terlebih dahulu. Pihak JPJ mengguna pakai dua pendekatan berkenaan dimana advokasi dan nasihat dilihat satu langkah yang relevan dalam menangani isu tersebut.Pengeluaran Notis Temu Siasat, di bawah Seksyen  114(1),Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Notis yang dikeluarkan bertujuan siasatan dan pengumpulan maklumat advokasi serta nasihat berdasarkan aduan yang diterima berhubung isu pengubahsuaian ekzos tanpa kebenaran. Zailani juga menekankan iaitu,pendekatan kedua ialah pengeluaran Notis Arah Periksa Kenderaan, di bawah Seksyen 61(1),APJ 1987  dan Notis Larangan Pengunaan Kenderaan (Notis PG1).Akta Pengangkutan Jalan(APJ) 1987. Notis Arah Periksa dan Notis PG1 ini bertujuan apabila penguatk

Tiada Lagi Saman Untuk Ekzos Bising Hanya Advokasi-Menteri Pengangkutan

Imej
Nampaknya tersenyum lebar pemilik motosikal yang terpaksa selimutkan motosikal dari disaman berkenaan ekzos bising. Mulai sekarang tiada lagi saman hanya advokasi sahaja,itu kenyataan dari Menteri Pengangkutan. Apakah Advokasi? Advokasi ialah pengeluaran notis untuk temu siasat.Menurut Menteri Pengangkutan Dr Wee Ka Siong, isu berkenaan telah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah JPJ, Zailani Hashim agar pesalah tidak dikenakan saman. Beliau yang hadir pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO) 2021, memaklumkan  Kementerian Pengangkutan (MOT) telah membuat satu keputusan, bahawa pada peringkat ini lebih elok tumpukan kepada pendekatan Advokasi Notis 114 daripada tindakan saman. Beliau telah mentelaah dan hadam ucapan Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi termasuk pandangannya tentang penguatkuasaan terhadap ekzos motosikal. Notis 114 ialah notis pangilan temu siasat dan mereka yang menerima notis tersebut perlu hadir untuk beri keterangan di mana-mana cawangan JPJ bagi membantu siasatan. Pre

Kecewa Dengan Diri Sendiri - Hafizh Syahrin

Imej
Ini kali pertama keterampilan saya dengan jentera NTS dan terpaksa mengambil masa selama 2 hari untuk menyesuaikan diri dengan motosikal tersebut,luah Hafizh dalam nada kecewa. Menurut Hafizh Syahrin, ujian pada hari ketiga, pertambahan pelarasan suspensi telah dlakukan.Namun jentera NTS yang ditungganinya masih tidak memuaskan dan kurang berprestasi semasa di litar. Ini merupakan kali pertama Hafizh bertemu serta bekerjasama dengan krew teknikal NTS. Menurut Hafizh,pada sesi terakhir penukaran tayar dan casis lebih ringan juga dilakukan.Namun catatan masa yang dilakukan sepusingan adalah dalam lingkungan 2 minit.  Ini satu keputusan mengecewakan.Saya cukup kecewa dengan diri saya sendiri. Waktu untuk perlumbaan sebenar pada hujung minggu. Apakah Hafiz sudah bersedia? Mereka semua sangat menunggu waktu perlumbaan pertama.Ini kerana ianya akan memberikan masa tambahan bagi mencuba pelarasan yang lain dan bersiap sedia untuk lebih kolektif dalam mencapai sasaran. Bekas pelumba MotoGP itu