Adakah ZONTES 368G Akan Dibawa Masuk Ke Pasaran Negara Kita?

ZONTES 368G ZONTES , Skuter Adventure yang berjaya menambat hati peminat versi skuter di negara kita mutakhir ini nampaknya telah megemaskini produk mereka dengan keluaran terkini iaitu Skuter Zontes 368G. Kami telah menerima berita dari sumber di negara jiran perihal skuter Zontes 368G yang telah diuji di negara tersebut.Kabarnya Zontes 368G telah diperkenalkan di pasaran negara China pada bulan Julai lalu. Spy Shot - Zontes 368G sedang diuji di Thailand Menurut sumber, model berkenaan sedang menjalani ujian enduran di negara Thailand. Dan dipercayai model berkenaan akan memasuki pasaran negara Thailand. Rekod jualan Skuter Zontes 350 semenjak diperkenalkan pada Ogos 2023 di negara kita cukup memberangsangkan khususnya varian D.Namun varian E juga tidak kurang hebatnya. Tinjauan kami pada wakil pengedar sah Zontes menunjukkan permintaan bagi skuter Zontes 350D dan Zontes 350E cukup tinggi. Berbalik kepada skuter Zontes 368G, Disini kami kongsikan sp...