LIFAN KPV 350 Bakal Menyaingi Honda ADV 350
Lifan KPV 350 Skuter jenama dari China dijangka menjadi persaingan utama kepada skuter maxi 350cc khususnya Honda ADV 350. Jenama Lifan bukanlah satu jenama asing dipasaran negara kita. Mengikut sejarah MForce Bike Holding pernah membawa masuk model Lifan 150 yang telah diubah namanya menjadi WMoto Xtreme 150i. Terkini Lifan telah maju setapak lagi dengan mengeluarkan KPV yang lebih agresif dan besar iaitu KPV 350.Desainnya mungkin agak pelik ,namun ianya dijangka menyaingi pasaran skuter sama kelas dengannya di negara kita. Jurutera pereka Lifan menyatakan model KPV 350 berkenaan mampu mencapai kelajuan sekitar 135km/j. Spekifikasi Lifan KPV 350:- 1. Enjin 1 Silinder 4 stroke. 2. Penyejukan cecair . 3. Berupaya menjana 34hp pada 7,500rpm dan 35.5Nm pada 6,000rpm. 4. Berat 186kg. 5. Rim depan 15 inci dan 14 inci di belakang. 6. Brek depan/ belakang gunakan cakera( disc brake). 7.Abs dual channel. 8. Lampu LED dengan DRL(Day Running Light) 9. Pen...