'THE MATTERHORN MONOLOCK TOP CASE' Produk Terkini Dari GIVI

'THE MATTERHORN' Kotak Simpanan Aliminium merupakan produk terkini GIVI telah dilancarkan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke 30 penubuhan GIVI Asia yang berlangsung di Renaissance Kuala Lumpue Hotel & Convention Centre. 'THE MATTERHORN" merupakan kotak simpanan aliminium pertama buatan Malaysia dan dipatenkan dengan Sistem Monolock serta sepenuhnya menggunakan bahan aliminium berkualiti tinggi. Kotak simpanan aliminium yang telah diinovasikan kepada sistem monolock ini sangat praktikal dan mesra pengguna kepada semua penunggang motosikal. Terdapat beberapa ciri-ciri yang terhidang pada " THE MATTERHORN" iaitu Double-Hooked Locking System dan New Cam Opening System. "Double-Hooked Locking System"- Keselamatan Dalam Setiap Putaran Kunci:- Ianya merupakan Sistem Pengucian Keselamatan terkini yang direka khas bagi memudahkan pengguna untuk mengunci serta akses barang dengan mudah apabla diperlukan. Disamping rekabentuk yang kemas ianya...