Kecewa Muka Sama Di Lantik -Tun M

"Tidak banyak beza lantikan jemaah menteri sekarang dengan kabinet Muhyiddin,muka yang sama dilantik,semasa dengan Muhyiddin mereka tidak menunjukkan kejayaan.Tapi yang tidak berjaya ini dilantik semula," demikian luahan Tun Mahathir. Tun Dr Mahathir Mohammad yang juga Ahli Parlimen Langkawi mengaku kecewa dengan Jemaah Kabinet baharu dibawah kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ada yang dilantik hanya boleh bercakap sahaja,tetapi kalau ingin buat kerja saya dapati tiada tekanan berkenaan dengan bagaimana untuk mengurangkan kes-kes Covid - 19. Tun Mahathir juga mendakwa, mereka yang dilantik menyertai jemaah kabinet seolah-olah tidak mempunyai fokus dalam memikirkan kes harian yang mencanak naik,namun asyik bercakap isu politik. "Kes Covid - 19 makin bertambah,tapi mereka sibuk dok bercakap pasal politik, semuanya political. Kena ada kerjasama kononnya dengan parti lawan dan macam-macam lagi." "Berkenaan masaalah rakyaat, menderita mati begitu ramai tida...